Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU JALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan asas penting dalam inovasi pendidikan. Ianya bermaksud kajian yang berbentuk ilmiah di mana dijalankan secara longgar khususnya apabila kajian dijalankan berkaitan teori-teori atau metodologi pembelajaran di sesuatu kelas.

10 Sebab kajian tindakan ini sangat bermanfaat kepada guru:

1) Sebagai panduan dan rujukan kepada guru
2) Membina kemahiran melakukan penyelidikan
3) Guru akan menjadi lebih kreatif dalam P & P
4) Guru dapat menjalankan penyelidikan dengan sistematik
5) Perkongsian maklumat dan usaha berpasukan
6) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar
7) Mengubah amalan mengajar guru dalam kelas
8) Mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi dan mencari cara mengatasinya
9) Mendebatkan suatu polisi
10) Peka kepada perubahan persekitaran

TUGASAN KELAS : NOTA MODEL DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.

Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.


Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”

Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:

“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"



Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.

Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:

i. kajian tindakan amalan (practical action research)

ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)


Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.


MODEL KAJIAN TINDAKAN

1) Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)





Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Daripada di atas, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Seterusnya, guru perlu menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1).

Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru perlu membuat refleksi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada penghujungnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan metilah bersifat pragmatik dan memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

2) Model Kajian Tindakan, Ebbut (1985).








Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)



Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
3) Model Kajian Tindakan Bassey dan hand (2001).


Model ini mempunyai lima peringkat utama iaitu:

Peringkat pertama:

Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame research questions). Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.

Peringkat kedua:

Mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh berubah (Collect data and decide how teaching could be changed)

Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam mengenalpasti tindak balas.

Peringkat ketiga:

Laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to teaching) Perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.

Peringkat keempat:

Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)
Kajian tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.

Peringkat kelima:

Melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika perlu.