Thursday, December 17, 2009

AKTIVITI 3

Bagaimana data dari pelbagai sumber dianalis?

JURNAL 1: MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH SIMULASI

Jurnal ini mengambil beberapa sumber untuk dijadikan panduan dalam kajian tindakan ini:
1) Borang pemerhatian guru
2) Hasil lembaran kerja pelajar
3) Borang temubual pelajar
4) Ujian jawi 1 dan 2

Kekuatan dan kelemahan:

Setiap sumber tersebut mampu menjadi panduan kepada pengkaji untuk menentukan sama ada teknik simulasi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar.

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 1: ULASAN BUKU

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN BOLEH DILAKUKAN

1) Kajian Tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti:
a) mengenalpasti masalah
b) merancang tindakan
c) pelaksanaan tindakan
d) melakukan refleksi

2) Kaitkan dengan mini kajian tindakan.

a) Mengenalpasti masalah- pelajar berasa bosan dan kurang memberikan tumpuan
dalam kelas.
b) Merancang Tindakan-

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 4 : AKTIVITI 13

a) Teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/ diadaptasi bagi setiap masalah.

Teori Konstruktivisme
Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam badan manusia. Pelajar akan membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

b) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian
Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan
Konseptual bermaksud gambaran secara umum dan menyeluruh.
Operasional kajian pula bermaksud

TUGASAN 4 : AKTIVITI 9

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN (SATU AYAT /PENYATAAN UMUM APA YANG HENDAK DICAPAI DI AKHIR KAJIAN)

Matlamat kajian tindakan ini ialah untuk meningkatkan minat pelajar dalam menghayati dan menguasai sesuatu isi pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, ilmu pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


BENTUK OBJEKTIF KAJIAN

•Mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
•Menilai pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video dan permainan dijalankan.
•Meneroka bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P.


BENTUK SOALAN KAJIAN

•Bagaimanakah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
•Adakah pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video
•Bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P?

TUGASAN 4 : AKTIVITI 8


Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran - pengajaran subjek:

1) Cadangan secara individu

Norjannatun bt Hamzah
Pengajaran sejarah haruslah dipelbagaikan dan teknik menghayati dan mengingati fakta yang terkandung dalam isi pengajaran. Selain itu, gaya penyampaian guru juga perlu berkesan agar penumpuan dan fokus kelas tidak tersasar.

Norhazlinda binti Mohamed Yusoff
Bagi mengatasi masalah pembelajaran sains, guru perlu memastikan teknik penyampaian yang lebih efektif selain mempelbagaikan kaedah mengajar dan BBM dalam pengajaran.

Mohd Arshad bin Yahya.
Bagi mengatasi kelemahan dalam pengajaran subjek geografi, peranan institusi-institusi yang berkaitan seperti Pusat Sains Negara perlu dimanipulasi sepenuhnya oleh guru bagi tujuan P & P. Hal ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk merasai sendiri bagaimana proses-proses bumi berlaku.

2) Cadangan dalam pasukan:
Kelemahan dalam pengajaran tersebut dapat diselesaikan menerusi kepelbagaian teknik pengajaran bergantung kepada keadaan persekitaran. Keadaan persekitaran meliputi pelajar dan juga kelas. Sebagai tambahan, kaedah pengajaran guru perlu menekankan aspek pemusatan pelajar berbanding pemusatan guru.

TUGASAN 4 : AKTIVITI 7

Kelemahan pengajaran - pengajaran subjek tersebut

1) Pengalaman secara individu:

Norjannatun bt Hamzah
Sejarah membosankan kerana lebih banyak melibatkan kaedah syarahan. Hal ini kerana sejarah mengandungi pelbagai fakta yang perlu diingati dan dikuasai.

Norhazlinda Bt Mohamed Yusoff
Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Mohd Arshad bin Yahya
Guru lebih banyak menggunakan kaedah talk and chalk berbanding kaedah video yang lebih praktikal iaitu murid dapat melihat sendiri bagaimana proses-proses di bumi berlaku.

2) Pengalaman dalam pasukan:
Kami berpendapat bahawa kelemahan sesuatu P&P adalah disebabkan oleh kurangnya daya kreativiti khususnya dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Misalnya guru lebih banyak menumpukan kepada kaedah papan hitam semata-mata berbanding memanipulasi faktor-faktor persekitaran lain.

3) Pengalaman luar pasukan:
Penggunaan video pada permulaannya menyeronokkan, tetapi tayangan tersebut terlalu lama, pelajar akan menjadi bosan terutamanya jika video tersebut mengenai sesuatu yang skema. Dari aspek kaedah permainan pula, masalah dihadapi dari segi pengawalan kelas dan sukar untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak konsep yang dipelajari.

TUGASAN 4 : AKTIVITI 6

" KAEDAH PERMAINAN DAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN'


Kekuatan pengajaran -pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

1) Pengalaman secara individu:

Norjannatun Hamzah:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran sejarah dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam isi pengajaran subjek tersebut.

Norhazlinda Mohamed Yusoff:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam subjek sains dapat membantu meningkatkan minat para pelajar terhadap hipotesis-hipotesis eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.

Mohd Arshad Yahya:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran geografi dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap proses-proses yang berlaku di muka bumi seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Pelajar dapat melihat dengan lebih jelas melalui proses visualisasi dan bukan menerusi imaginasi.

2) Pengalaman secara pasukan:
Penggunaan video dan permainan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan menarik. Selain itu, pelajar juga akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menguasai isi pengajaran tersebut.

3) Pengalaman dari rakan-rakan dalam pasukan yang lain:
Dari kumpulan husnan: Meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan mengenai konsep yang diajar/dipelajari

TUGASAN 2 : AKTIVITI 11

Berdasarkan kepada 3 jurnal, pernyataan tersebut dapat dihuraikan seperti berikut:

1) Kajian ini menyatakan tentang bilangan guru yang menjalankan kajian di sekolah semakin berkurangan kerana faktor bilangan pelajar yang semakin bertambah menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan kajian
tindakan di sekolah.

2) Jurnal ini menyatakan tentang ketidakberkesanan sistem maklumat sedia ada bagi meningkatkan sistem maklumat dalam Pusat Pengurusan Kemudahan yang kebanyakkannya melibatkan jabatan kerajaan pusat.

3) Jurnal ini membincangkan mengenai guru-guru yang dikategorikan sebagai K-12 yang terlibat dalam projek kajian tindakan sains merentasi kokurikulum (PAR). Penulis menyatakan bahawa elemen kajian tindakan perlu dinyatakan dengan jelas agar
ianya dapat memberi kebaikan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan projek PAR ini masalah dalam kajian