" TEACHERS AS RESEARCHERS: QUALITATIVE INQUIRY AS A PATH TO EMPOWERMENT"
Oleh : Joe L. Koncheloe
Maksud Kajian Tindakan:
Konsep guru sebagai pengkaji mengikut istilah demokratik, kandungan yang kritikal ialah tidak sesuai dengan maksud pembentukkan pengurusan istitusi. Oleh itu, guru sebagai pengkaji mestilah seperti program kualiti hayat bekerja dalam industri.
John Elliot mengatakan bahawa amal-awal lagi guru-guru yang menjadi pengkaji ini telah dirampas oleh golongan pembaharauan pendidikan teknokrat.
Guru dilatih untuk melihat kajian tindakan di sekolah sebagai bentuk pemindahan berbentuk inkuiri kepada teknik terbaik bagi menghasilkan objektif kurikulum serta meningkatkan skor ujian yang stadard.
Mengapa guru melakukan kajian tindakan:
Fahaman tentang ilmu pengetahuan telah menjadi sumber kepada kuasa dalam masyarakat. Berdasarkan kepada pemerhatian ini, para guru telah menjadi lebih tertarik terhadap matlamat pengkaji sosial yang menumpukan kepada teori kritikal.
Selain itu, guru disarankan untuk melakukan penambahbaikan terhadap bidang masing-masing ke arah yang lebih standard dan bersesuaian. Segala kelemahan yang wujud perlu dilihat dengan teliti dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk mengatasinya.
Bila guru melakukan kajian tindakan:
Guru akan menjalankan sesuatu kajian tindakan jika wujud masalah dan kelemahan pada sistem pembelajaran dan pengajaran mereka ataupun kelemahan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru bertindak mengikut keperluan semasa demi kebaikan kepada sistem pendidikan.
Bagaimana guru melakukan kajian tindakan
Menurut Freire, pengkaji adalah pendidik dan dan seiringan denga para pelajar. Proses pengkajian oleh guru tiada akhirnya. Guru akan memantau persepsi para pelajar terhadap alam persekolahan. Sebelum pendekatan Freire ini dilaksanakan, guru perlu memahami apa yang berleggar di dalam fikiran pelajarnya. Bagi mendapatkan persepsi pelajar yang berterusan, guru perlu menyediakan jurnal harian di mana guru mestilah melakukan pengesanan terhadap amalan, pemahaman, strategi kajian dan intepretasi kajian supaya sentiasa meningkat.
Michael Armstrong mengatakan seorang guru perlu menulis sesuatu yang berkaitan di atas kertas tentang apa yang berlaku dalam kelas pada hari tersebut. Kemudian, langkah yang seterusnya diikuti dengan menjalankan pemerhatian, interpretasi dan membuat spekulasi atau anadaian mengenai peristiwa tersebut.
Beberapa langkah perlu diikuti, iaitu:
1) Membina keperluan dan maksud kajian itu
2) Memahami kaedah kajian yang dominan dan kesannya.
3) Memilih apa yang hendak dikaji
4) Meneroka pelbagai strategi dalam kajian
5) Menbuat penilaian ke atas maklumat yang dikutip