"Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di kalangan Pelajar Tingkatan Dua Melalui Kaedah Simulasi."
Oleh : Mohd Sarhan Ismail, Nur Baiti Anum Mohd Shafie dan Romaiza Rioh.

Pernyataan Masalah:
Mengenal pasti penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam pembacaan menulis Jawi. Selain itu, pelajar di dapati menghadapi masalah dalam menyambungkan huruf-huruf Jawi dengan betul dan keliru untuk menulis perkataan rumi ke dalam tulisan Jawi.
Metodologi Kajian:
1. Simulasi Komputer.
Pelajar diberikan peluang melihat animasi sebanyak 2 kali dan guru menunjukkan cara menyebut huruf-huruf Jawi dengan betul menggunakan animasi. Kemudian, pelajar akan menyebut setiap huruf seiring dengan animasi tersebut.
2. Kad Imbasan.
Pelajar dipilih secara rawak dan diminta untuk tampil kehadapan serta memilih huruf Jawi untuk dipadankan dengan perkataan Rumi.
3. Lembaran.
Setiap pelajar diberi satu set jadual huruf-huruf Jawi beserta penggunaannya dalam perkataan.
Setting Kajian:
Kajian ini dijalankan selama sebulan iaitu sebanyak 8 kali sesi di mana satu sesi mengambil masa selama 30 minit sekurang-kurangnya.
Sampel Kajian:
Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 28 orang pelajar iaitu ianya dijalankan kepada pelajar tingkatan 2 di SMKBBSL.
Pengumpulan Dan Penganalisaan Data:

-Borang pemerhatian guru.
-Hasil lembaran kerja pelajar
-Borang temubual pelajar
-Ujian Jawi 1 dan 2
Implikasi Kajian:
Kaedah simulasi komputer yang dijalankan dapat memperbaiki dan meningkatkan penguasaan pembacaan serta menulis Jawi dengan baik. Manakala, teknik kad imbasan dapat membantu para pelajaryang lemah untuk mengenali dan mengingati kesemua 35 huruf-huruf jawi dengan berkesan.
Secara kesimpulannya, kaedah simulasi komputer dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis Jawi di kalangan pelajar terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara aktif.

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN
Oleh : Tengku Mohd Hamdan Bin Tengku Ibrahim dan Anis Firdaus Bin Abd Majid.
Objektif Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan perkara-perkara asas fardu ain di kalangan pelajar melalui kaedah penulisan. Selain itu, ianya juga ingin menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang posotif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, murid yang lemah akan dikenalpasti dan seterusnya mendapat bimbingan sehingga mereka mampu mengamalkannya dengan tepat dan sempurna.
Penyataan Masalah:
Kaedah ini dijalankan kerana untuk mencari alternatif terbaik untuk membantu pelajar menguasai perkara asas PAFA. Didapati penggunaan teknik hafalan dan kaedah lisan kurang menarik minat pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka tentang PAFA. oleh itu, kajian tindakan mengenai penggunaan kaedah penulisan dijalankan untuk menguji minat dan penguasaan pelajar terhadap subjek ini.
Metodologi Kajian:
Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan cuba-jaya yang di bina oleh pengkaji sendiri sebagai kaedah untuk membantu pelajar menguasai perkara-perkara asas fardu ain. Kajian ini turut menggunakan model Kemmis dan Mctaggart (1998) yang melibatkan 4 peringkat utama iaitu refleksi. merancang, bertindak dan memerhati
Sampel Kajian:
Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 32 orang daripada kelas tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra
Pengumpulan Dan Penganalisaan Data:
Kajian dijalankan mengikut kaedah kualitatif. Ujian PAFA dijalankan secara formal dan mengikut format sebenar ujian. Kemudian, pelajar diberikan ujian bertulis alam bab yang sama. Pemerhatian dilakukan dan diapati pelajar pada peringkat awal menunjukkan minat untuk menjawab. 16 daripada 32 pelajar atau hampir 47 % mampu menjawab dengan betul. Berdasarkan kepada pemerhatian, pelajar menjawab ujian mengikut kemampuan penguasaan mereka ke atas ujian ini dan bukannya mengikut faktor masa yabg diperuntukkan semasa penilaian secara lisan.
Implikasi Kajian:
Pelajar menyatakan bahawa teknik ini dapat menguatkan ingatan mereka terhadap perkara asas fardu ain. Kaedah penulisan dapat meningkatkan kefahaman mereka berbanding teknik hafalan dan lisan. Namun, dirasakan bahawa pengajaran ini perlu menggunakan tempoh masa yang lebih panjang sedikit bagi memastikan keberkesanannya di masa depan.

No comments:
Post a Comment