Thursday, November 12, 2009

TUGASAN 3 : AKTIVITI 3

"Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di kalangan Pelajar Tingkatan Dua Melalui Kaedah Simulasi."


Oleh : Mohd Sarhan Ismail, Nur Baiti Anum Mohd Shafie dan Romaiza Rioh.

Saya berpendapat bahawa kajian tindakan ini sangat sesuai untuk menarik minat pelajar tingkatan 2 di sekolah tersebut kerana kaedah simulasi dapat merangsang daya tumpuan pelajar untuk meningkatkan penguasaan menulis dan membaca Jawi di kalangan pelajar. Hal ini berbeza jika pengajaran jawi dilaksanakan secara tradisional iaitu hanya berpandukan kepada buku teks semata-mata. Penggunaan teknologi ICT dimanfaatkan sebaik mungkin dalam kajian ini.



MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) MELALUI KAEDAH PENULISAN


Oleh : Tengku Mohd Hamdan Bin Tengku Ibrahim dan Anis Firdaus Bin Abd Majid.

Kaedah penulisan yang dicadangkan merupakan satu kaedah yang baik untuk meningkatkan daya ingatan. Hal ini berbeza daripada kaedah hafalan biasa yang berfokuskan kepada aspek kognitif semata-mata berbanding kaedah penulisan yang lebih jitu iaitu melibatkan aspek kognitif dan psikomotor.


No comments:

Post a Comment