Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1 : AKTIVITI 1

Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan secara individu ?

Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri yang biasanya akan dijalankan sama ada guru, pengetua yang mempunyai kepentingan dalam memastikan pelajar mencapai perkembangan yang baik. Melalui hasil kajian itu, guru boleh memperbaiki dan membuat penambahbaikan kepada masalah yang berlaku dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dan tepat

Apa maksud kajian tindakan secara kumpulan ?

Kajian tindakan ialah suatu proses iaitu pengkaji cuba mengkaji sesuatu masalah dalam usaha untuk memperbaiki kaedah amalan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. Dengan kata lain, sebagai seorang pengkaji mereka perlu bersifat kritikal dan fleksibel iaitu peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

No comments:

Post a Comment